Tuesday, March 31, 2009

Jumlah Lagu

1) InsyaAllah dalam perancangan album nasyeed underground ni akan memuatkan 13 buah lagi; 10 buah lagu dari group2 yg berlainan, 3 track lagi kesemuanya lagu bonus.

2) Setakat ni proses rakaman masih berjalan lancar, terima kasih kepada semua group dan solo yg memberikan komitmen.

3) Juga terdapat peraduan menjawab beberapa soalan mudah yg akan diselitkan dalam album nasyeed underground ini untuk menarik lebih ramai pembeli dan penyokong karya yg original. Hadiah yg sangat menarik akan ditawarkan kepada para pemenang.

Saturday, March 28, 2009

MiSK bersandarkan Jodoh dan Takdir

1) Petang tadi sejak jam 5lebih shingga lbh kurang jam 8mlm kumpulan MiSK mengambil giliran merakamkan lagu yg menjadi sandaran mereka iaitu Jodoh dan Takdir.

2) Lagu yang berentak slow ballet dan sangat memikat jiwa, tentang doa dan harapan kepada Allah untuk dipertemukan jodoh yg sebagaimana hadith Nabi S.A.W iaitu dinilai dari segi agama, kecantikan, darjat, dan harta.

3) Kumpulan MiSK mrupakan kumpulan nasyid indie UIA menggabungkan 5 pelajar dari pelbagai course. Terkenal di kalangan pelajar UIA dengan lagu mereka yang pernah popular di matrikulasi uia iaitu Hasrat Nurani dan juga Jodoh dan Takdir.

Wednesday, March 25, 2009

Giliran 'Shureem' masuk studio


1) Alhamdulillah, malam tadi (24 Mac 2009) start lebih kurang jam 9.20mlm kumpulan Shureem pula mengambil giliran merakamkan lagu mereka. Shureem merupakan grup nasyid UIA Gombak dan dianggotai 6 orang iaitu Firdaus dan Aiman (kembar), Afiq, Mokhtar, Rahmat, dan Faruq.

2) Lagu taruhan mereka ialah Selawat Aluan, ciptaan Afiq sendiri, sebuah lagu yang catchy dan mmg sedap didengar! Lagu yang sesuai dengan namanya Selawat Aluan, merupakan lagu berentak padang pasir ada bunyi mexico sket, selawat beserta sambutan dan alu-aluan. sesuai untuk meraikan kehadiran tetamu dalam sesebuah majlis.

Friday, March 20, 2009

Sesi rakaman pertama dah pun bermula

1) Malam semalam (19/03/2009) bermula dari jam 9.00pm sehingga lewat 12.30am, penyanyi yg pertama, Syahman dah pun masuk studio utk rakamkan lagu beliau yg akan dimuatkan dalam album Nasyeed Underground ini.

2) Bertajuk "Segalanya Ada", mengisahkan ttg betapa perlunya kita bersyukur dgn nikmat dan kebahagiaan yg Allah telah berikan berbanding dengan mereka yg tidak senasib dengan kita.

3) Sebuah lagu yg agak catchy dan menarik, perjalanan rakaman smlm berjalan dengan lancar tnpa ada halngn, alhamdulillah.

Wednesday, March 18, 2009

Antara yang terlibat...

assalamu'alaikum..
1) latest info, album Nasyeed Underground ni insyaAllah mungkin akan menampilkan special appearance dari ahli Devotees, Nice, Brothers, dan lain2 yg akan dimaklumkan kemudian. Masih dalam perbincangan.

2) Ttg lagu2 pula album ini akan menampilkan pelbagai genre lagu dan muzik, lirik dan cerita yang berlainan, mmg fresh dan padat dengan segala2nya, insyaAllah x jemu mendengarnya.

Thursday, March 12, 2009

Koleksi Nasyid Indie. Vol 1

Bismillah..Assalamu'alaikum semua..

Sebagai tirai pembukaan, izinkan saya memperkenalkan diri bagi pihak Neurotic Studio. Nama saya Abd Halim Bin Ahmad, pemilik dan juga pengurus Neurotic Studio, sebuah syarikat anak melayu yg giat menghasilkan produk2 beridentitikan nasyid seperti album mini, penciptaan lagu, poster2 nasyid, kulit album, laman web, dan lain2. Telah beroperasi lebih 3 tahun, pada tahun 2009 ini kami di Neurotic Studio telah memulakan 1 kertas kerja yang dijangka akan mula dilaksanakan pada Mac 2009 iaitu penghasilan album Koleksi Nasyid Indie.

Album ini merupakan sebuah album yg menghimpunkan kumpulan2 nasyid persendirian (independent) atau penasyid solo di dlm sebuah album dengan lagu masing2, demi bertujuan untuk mendedahkan kepada para penasyid independent ini terhadap selok belok penghasilan sesebuah album, dan juga merasai pengalaman merakamkan lagu mereka sendiri di studio.

Untuk projek yg pertama seumpama ini, judul album ini akan diberi nama Nasyeed Underground dan dijangka akan dipasarkan pada 16 mei 2009. Pada masa ini, pencarian para penasyid indipendent masih sedang giat dijalankan.

Juga kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut ttg album ini, sila SMS / call kami di talian 017 7222 612 (Bro. Halim) atau 013 501 6685 (Bro. Faiz).

Preview Album Nasyeed Underground

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !
Harga Pasaran : RM 25.90 atau dapatkannya melalui pengedar-pengedar kami yang sah dengan harga yang lebih rendah.