Saturday, May 23, 2009

Terakhir selepas Terakhir !

Ini dia insyaAllah keputusan terakhir, setelah dibincang2kan dengan krew penerbitan dan lain2, maka apa yang akan anda perlu ketahui untuk album ini ialah,

1) Jumlah lagu ialah 14 buah kesemuanya (10 penyertaan & 4 bonus)
2) Bakal diterbitkan JUN 2009 !
3) Album ini hanya boleh didapati melalui ejen jualan kami sahaja. Pengedar diperlukan. Boleh contact kami di admin@neuroticstudio.com
4) Tempahan untuk album nasyeed underground ini dibuka sekarang. Sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan, boleh emailkan nama, alamat, no telefon, dan jumlah tempahan ke admin@neuroticstudio.com . InsyaAllah bila album siap dicetak sahaja akan terus dipos ke alamat yg telah diberikan. Bayaran perlu dibuat setelah kami confirmkan yang album sudah siap dicetak.
5) Penampilan khas dalam album ini iaitu kumpulan nasyid NICE dengan lagu Masih Ada Cinta (tribute to Raudhatus Sakinah).
6) Harga RM 19.90. Boleh dapat lebih murah daripada ejen2 jualan kami..=)

Wednesday, May 13, 2009

Keputusan Terakhir !!

Huhu, nampaknya berlaku beberapa rombakan besar dalam album nasyeed underground ni. setelah dibincangkan dan dipertimbangkan, maka:

1) Jumlah penyertaan ialah 9 (3 solo, 6 grup)

2) Lagu bonus ada 4 (Message Undelivered, Masih Ada Cinta, Nilai Sebuah Impian, Selawat Tawassul)

3) Harga pasaran untuk album ini ialah RM 19.90. (Harga pasaran mungkin x sama dengan harga yg akan anda dapat dari dealer2 kami, yg pastinya pasti lagi murah)

4) Tarikh release album terpaksa DITANGGUHKAN sebab ada penyertaan terakhir yg istimewa dan pihak produksi masih bertungkus lumus menyiapkan projek ini.

5) Tempahan untuk album nasyeed underground ini dibuka sekarang. Sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan, boleh emailkan nama, alamat, no telefon, dan jumlah tempahan ke admin@neuroticstudio.com . InsyaAllah bila album siap dicetak sahaja akan terus dipos ke alamat yg telah diberikan. Bayaran perlu dibuat setelah kami confirmkan yang album sudah siap dicetak.

Monday, May 4, 2009

Proses Mixing kini bermula

1) Minggu ni pihak production betul2 bz menyiapkan beberapa perkara utama utk album nasyeed underground ni..Beberapa masalah yg masih perlu diselesaikan iaitu ada grup yg masih x sempurnakan proses rakamn mereka. walaubagaimanapun tarikh baru dah diatur bersama, tunggu masa sahaja.

2) Proses menyempurnakan backup vocal untuk 3 lagu dah pun selesai iaitu;
a) Segalanya Ada (artis: Syahman) --setel backup vocal, sedang proses mixing
b) Keceriaanmu (artis:Shahiran)--setel backup vocal, siap masuk acoustic guitar session
c) Selawat Aluan (artis: Shureem)--setel backup vocal, sedang proses mixing

3) Juga sedang finalize muzik Paradise utk lagu mereka iaitu Realiti. Akan masuk gitar akustik dan reprogramme mana yg patut untuk muzik mereka.

4) Jodoh & Takdir oleh Misk juga sedang proses finalize muzik sebelum masuk elemen2 live yg lain.

5) InsyaAllah dalam minggu ni boleh siap mixing dalam 5, 6 lagu.

6) Proses design cover album pun sedang dibuat. Banyak konsep yg difikirkan, cuma nak tengok kesesuaian sebab ada lebih kurang 34 wajah nak masuk dalam 2 album, kena betul2 pandai nak design.

Preview Album Nasyeed Underground

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !
Harga Pasaran : RM 25.90 atau dapatkannya melalui pengedar-pengedar kami yang sah dengan harga yang lebih rendah.