Thursday, March 12, 2009

Koleksi Nasyid Indie. Vol 1

Bismillah..Assalamu'alaikum semua..

Sebagai tirai pembukaan, izinkan saya memperkenalkan diri bagi pihak Neurotic Studio. Nama saya Abd Halim Bin Ahmad, pemilik dan juga pengurus Neurotic Studio, sebuah syarikat anak melayu yg giat menghasilkan produk2 beridentitikan nasyid seperti album mini, penciptaan lagu, poster2 nasyid, kulit album, laman web, dan lain2. Telah beroperasi lebih 3 tahun, pada tahun 2009 ini kami di Neurotic Studio telah memulakan 1 kertas kerja yang dijangka akan mula dilaksanakan pada Mac 2009 iaitu penghasilan album Koleksi Nasyid Indie.

Album ini merupakan sebuah album yg menghimpunkan kumpulan2 nasyid persendirian (independent) atau penasyid solo di dlm sebuah album dengan lagu masing2, demi bertujuan untuk mendedahkan kepada para penasyid independent ini terhadap selok belok penghasilan sesebuah album, dan juga merasai pengalaman merakamkan lagu mereka sendiri di studio.

Untuk projek yg pertama seumpama ini, judul album ini akan diberi nama Nasyeed Underground dan dijangka akan dipasarkan pada 16 mei 2009. Pada masa ini, pencarian para penasyid indipendent masih sedang giat dijalankan.

Juga kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut ttg album ini, sila SMS / call kami di talian 017 7222 612 (Bro. Halim) atau 013 501 6685 (Bro. Faiz).

2 comments:

  1. bias la..semua yang dok KL je dapat chance... =P

    ReplyDelete
  2. haha, xlah..kalau berminat contact je la...ada gak budak johor, terengganu, kelantan yg join.

    ReplyDelete

Preview Album Nasyeed Underground

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !
Harga Pasaran : RM 25.90 atau dapatkannya melalui pengedar-pengedar kami yang sah dengan harga yang lebih rendah.