Wednesday, December 30, 2009

Perkhabaran dari admin nasyid Indie

Konsert Tour Nasyid Indie 2010

Assalamualaikum wbt..

Syukur kehadrat Illahi kerana memberi kesempatan dan ruang kepada kita semua utk meneruskan sisa2 dan baki hidup kita dimuka bumi ini..Terlebih dahulu pihak admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat nasyid indie kerana masih setia mengikuti blog ini.dan juga berbyk terima kasih kepada mrk yg telah memilik album nasyid indie Vol 1 yg telah dipasarkan pada bulan ogos yg lalu.

Alhamdulillah atas jasa anda semua,nasyid indie dah mula menapak di persada nasyid tanah air.mereka juga telah diberi peluang utk mengadakan persembaha dimerata tempat samada konsert ataupun persembahan amal.ini semua adalah kerana sokongan anda yg tak berbelah bagi.

utk posting kali ini,pihak admin ingin mengumumkan kepada anda semua 2perkara aktiviti yg sedang dirancang dan yg telah pun dijalankan.

1) insyaAllah nasyid indie akan mengadakan konsert bersama2 dgn artis nasyid tempatan dalam satu program karnival tour(nama akan dimaklumkan kemudian) yg dianjurkan oleh Adfinity consultant dengan kerjasama neurotic studio dan aman studio.

berikut adalah butiran tour tersebut:

13 & 14/3/2010 - Kuala Lumpur
2 & 3/4/2010 - Kuala Terengganu & Kelantan
24 & 25/4/2010 - Kedah
8 & 9/5/2010 - Johor Bharu
26 & 27/6/2010 - Nilai,N9
17 & 18/7/2010 - Shah Alam

antara aktiviti yg telah dirancang utk karnival tersebut adalah forum perdana,booth,konsert amal,konsert nasyid,sukaneka(bertemakan kekeluargaan),aktiviti kemasyarakatan dll. :-)

2)utk pengumuman yg kedua adalah pihak neurotic studio sedang mencari mereka yg berminat utk menyertai album nasyid indie Vol2:Nasyeed Underground.album ni dijangka lebih mantap dr album yg sblm ini.ini kerana pemilihan lagu adalah lain dr yg lain.InsyaAllah proses rakaman akan bermula pada penghujung bulan januari 2010.peluang masih lagi dibuka kepada penasyid2 yg berminat dlm industri ini.tempat adalah terhad.mereka yg berminat boleh la menghubungi pihak studio ditalian 017 722 2612

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum wr wbt.. kami dri kumpulan elham punyai hajat.. boleh tak kalau ada show atau event nnt, kami nk join skali? kalau ada boleh msj dan call kami di, 013 - 961 2500 (nurman)

    ReplyDelete

Preview Album Nasyeed Underground

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !
Harga Pasaran : RM 25.90 atau dapatkannya melalui pengedar-pengedar kami yang sah dengan harga yang lebih rendah.