Saturday, May 23, 2009

Terakhir selepas Terakhir !

Ini dia insyaAllah keputusan terakhir, setelah dibincang2kan dengan krew penerbitan dan lain2, maka apa yang akan anda perlu ketahui untuk album ini ialah,

1) Jumlah lagu ialah 14 buah kesemuanya (10 penyertaan & 4 bonus)
2) Bakal diterbitkan JUN 2009 !
3) Album ini hanya boleh didapati melalui ejen jualan kami sahaja. Pengedar diperlukan. Boleh contact kami di admin@neuroticstudio.com
4) Tempahan untuk album nasyeed underground ini dibuka sekarang. Sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan, boleh emailkan nama, alamat, no telefon, dan jumlah tempahan ke admin@neuroticstudio.com . InsyaAllah bila album siap dicetak sahaja akan terus dipos ke alamat yg telah diberikan. Bayaran perlu dibuat setelah kami confirmkan yang album sudah siap dicetak.
5) Penampilan khas dalam album ini iaitu kumpulan nasyid NICE dengan lagu Masih Ada Cinta (tribute to Raudhatus Sakinah).
6) Harga RM 19.90. Boleh dapat lebih murah daripada ejen2 jualan kami..=)

Wednesday, May 13, 2009

Keputusan Terakhir !!

Huhu, nampaknya berlaku beberapa rombakan besar dalam album nasyeed underground ni. setelah dibincangkan dan dipertimbangkan, maka:

1) Jumlah penyertaan ialah 9 (3 solo, 6 grup)

2) Lagu bonus ada 4 (Message Undelivered, Masih Ada Cinta, Nilai Sebuah Impian, Selawat Tawassul)

3) Harga pasaran untuk album ini ialah RM 19.90. (Harga pasaran mungkin x sama dengan harga yg akan anda dapat dari dealer2 kami, yg pastinya pasti lagi murah)

4) Tarikh release album terpaksa DITANGGUHKAN sebab ada penyertaan terakhir yg istimewa dan pihak produksi masih bertungkus lumus menyiapkan projek ini.

5) Tempahan untuk album nasyeed underground ini dibuka sekarang. Sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan, boleh emailkan nama, alamat, no telefon, dan jumlah tempahan ke admin@neuroticstudio.com . InsyaAllah bila album siap dicetak sahaja akan terus dipos ke alamat yg telah diberikan. Bayaran perlu dibuat setelah kami confirmkan yang album sudah siap dicetak.

Monday, May 4, 2009

Proses Mixing kini bermula

1) Minggu ni pihak production betul2 bz menyiapkan beberapa perkara utama utk album nasyeed underground ni..Beberapa masalah yg masih perlu diselesaikan iaitu ada grup yg masih x sempurnakan proses rakamn mereka. walaubagaimanapun tarikh baru dah diatur bersama, tunggu masa sahaja.

2) Proses menyempurnakan backup vocal untuk 3 lagu dah pun selesai iaitu;
a) Segalanya Ada (artis: Syahman) --setel backup vocal, sedang proses mixing
b) Keceriaanmu (artis:Shahiran)--setel backup vocal, siap masuk acoustic guitar session
c) Selawat Aluan (artis: Shureem)--setel backup vocal, sedang proses mixing

3) Juga sedang finalize muzik Paradise utk lagu mereka iaitu Realiti. Akan masuk gitar akustik dan reprogramme mana yg patut untuk muzik mereka.

4) Jodoh & Takdir oleh Misk juga sedang proses finalize muzik sebelum masuk elemen2 live yg lain.

5) InsyaAllah dalam minggu ni boleh siap mixing dalam 5, 6 lagu.

6) Proses design cover album pun sedang dibuat. Banyak konsep yg difikirkan, cuma nak tengok kesesuaian sebab ada lebih kurang 34 wajah nak masuk dalam 2 album, kena betul2 pandai nak design.

Tuesday, April 28, 2009

Terkini 28 April 2009

1) Alhamdulilah, sampai ke saat ni photoshoot utk 7 penyertaan dah pun selesai, tinggal syahman je yg insyaAllah akan buat 30hb ni.

2) Buat masa sekrg ni penyertaan masih ada kekosongan 2 tempat lagi, walau bagaimanapun nampak macam x sempat untuk ambil kemasukan baru (kecuali jika masih ada grup2 nasyid indie di luar sana yg masih betul2 berminat, sila submit nama grup anda sebelum 30hb april 2009).

3) Jika penyertaan hanya ada 8 shaja pun projek ni akan diteruskan dan sepatutnya akan lebih banyak pilihan lagu2 yg menarik dan fresh akan dimuatkan dalam album ni. Pemilihan lagu2 oleh setiap penyertaan adalah berdasarkan apa yg mereka persembahkan dan dipersetujui oleh Neurotic Studio, jadi kalau still 8 penyertaan ni shj yg ada, jumlah lagu tetap juga 13 buah (8 oleh setiap grup + 5 lagu bonus) dimana 5 lagu bonus tersebut sepenuhnya karya2 unggul Neurotic Studio yg pastinya setiap satu membawa kelainan buat pendengar.

4) Ttg harga pasaran utk album nasyid indie ni pula masih dalam perbincangan, dan setakat ni mungkin range harga tu antara RM 16-RM20 shj..murah kan? sangat berbaloi kerana hanya dengan kurang rm20 anda boleh dapatkan album nasyid yg berkualiti, penuh dengan lagu2 yg pelbagai genre, dan kesemuanya 13 buah lagu !

5) Untuk pertanyaan lanjut boleh contact Neurotic Studio di 0177222612. Anytime yg reasonable kami akan layan sms atau panggilan anda.

Saturday, April 11, 2009

Vir2vois

1) Semalam 11/04/2009, grup Vir2vois plak masuk recording. Grup ni merupakan team yg penah study di matrikulasi kementerian yang sama, form grup ni, dan kemudian terpisah setelah masing2 melnjutkan pelajaran di tempat yg berbeza.

2) Lagu mereka bertajuk Damba RedhaMu ciptaa kenalan mereka sendiri, dan semalam juga Vir2vois menjadi grup pertama yg melalui sesi fotogrfi. fotografi mereka terpaksa diadakan lebih awal dari jadual sebab mereka pun susah nak berkumpul. Maklumlah, Badruddin & Afiq belajar di terengganu, Sabri di Temerloh, Hakimi di UTM Skudai, dan Syafiq di UM.

3) Recording semalam pun hnya siap lebih kurang 20% disebabkan sangat kesuntukan masa. Takpe, insyaAllah akan disambung lagi masa akan datang..=)

Thursday, April 2, 2009

Paradise si tiga beradik

1) Hari ni bermula jam 12tghari, sampailah 6.00pm, grup Paradise yang merupakan gabungan 3 beradik dah pun selesai merakamkan lagu mereka iaitu Realiti.

2) Paradise dianggotai oleh Safuan (abg sulung), Roslan (kedua), dan Najmi (ketiga) sepatutnya disertai bersama 2 org lagi adik lelaki mereka, tetapi untuk projek kali ni hanya mereka bertiga yg dapat memberikan komitmen (sbb adik2 tu masih sekolah lagi).

3) Lagu dan susunan muzik yg juga olahan idea kreatif 3 beradik ini berentak pop, mmg segar, rasanya recording yg plg memakan masa di antara kumpulan2 sebelum ni sebab mereka banyak buat harmonizing, so nak buat susunan vokal mmg kena perah idea sket.

Tuesday, March 31, 2009

Jumlah Lagu

1) InsyaAllah dalam perancangan album nasyeed underground ni akan memuatkan 13 buah lagi; 10 buah lagu dari group2 yg berlainan, 3 track lagi kesemuanya lagu bonus.

2) Setakat ni proses rakaman masih berjalan lancar, terima kasih kepada semua group dan solo yg memberikan komitmen.

3) Juga terdapat peraduan menjawab beberapa soalan mudah yg akan diselitkan dalam album nasyeed underground ini untuk menarik lebih ramai pembeli dan penyokong karya yg original. Hadiah yg sangat menarik akan ditawarkan kepada para pemenang.

Preview Album Nasyeed Underground

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !
Harga Pasaran : RM 25.90 atau dapatkannya melalui pengedar-pengedar kami yang sah dengan harga yang lebih rendah.